Sabtu, 9 Oktober 2010

Ku Li terima.....PAS dah mula maki hamun.....

PAS boleh lupakan hajat untuk melihat Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah 'buat perangai' menjelang pilihanraya kecil Dun Galas pada 4 November ini.

Sebaliknya Ku Li memberi tamparan awal pada Pas dengan mengumumkan sendiri beliau menerima tawaran untuk jadi Pengarah Pilihanraya kecil N45 itu dan akan turun padang sebagai ahli dan Ketua UMNO Bahagian.

Beliau yang kembali dari London pagi Sabtu mengadakan sidang akhbar di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelihatan ceria dan bersemangat untuk menghadapi pilihanraya tersebut.

Mengenai hasrat sesetengah pihak untuk melihat beliau menjadi calon BN di Galas, kata Ku Li, beliau tidak boleh memberi kepastian mengenai perkara tersebut.

"Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan. Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kita akan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya sambil tersenyum penuh makna.

Turut hadir menyambut beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu.

Baca seterusnya di Gelombang Rakyat

Sementara itu. orang PAS dah mula macam-macam kata. Rajahmas lihat jentera fitnah pun sudah mula.

Menurut Warisan, "cubaan Pas mengheret Ku Li dalam polemik Galas gagal sama sekali." Kata Hero Kecik, Dia balik dengan mood yang baik sekali.

Anak Seberang memblog menngenai Mustafa Ali mengatakan dengan angkuh BN kalah kalau Ku Li jadi calon. Dia siap cucuk menyifatkan Ku Li bagaikan “pedang dua mata” kerana kadang-kadang tidak sependapat dengan pentadbiran di Putrajaya.

Fahamlah kita orang2 yang selalu suka mengkafirkan orang Islam, merusuh, dan mencerca memfitnah tak faham konsep "keperbezaan pendapat tidak bermakna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan