Ku Li dah sahkan menerima tugas sebagai Pengarah pilihanraya kecil bagi DUN N45 Galas. Manakala, bagi tawaran menjadi calon pula, Ku Li belum memutuskannya lagi.
Ini bermakna, dengan percaturan strategi dari Ku li nanti, PAS akan menghadapi tentangan sengit dari UMNO Gua Musang di Galas.
Nik Aziz dan PAS Kelantan juga boleh melupakan hasrat untuk membawa isu wang royalti Petronas sebagai modal kempen di Galas nanti.
Sebaliknya, Nik Aziz berserta gerombolannya perlu bersedia menerima asakan ganas dari "perang" di DUN N45 nanti.
Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pagi ini mengesahkan beliau menerima jawatan pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas tetapi teka-teki sama ada akan menjadi calon masih berterusan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang pulang ke tanah air kira-kira 7.30 pagi tadi memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mahu mengulas apa-apa mengenai calon sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Sebenarnya, saya tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan pagi ini kerana masih belum mesyuarat.
“Saya cuma nak maklumkan telah menerima tawaran pengarah pilihan raya DUN Galas.
“Mengenai calon yang belum buat apa-apa keputusan lagi, mesyuarat pun belum lagi, Perdana Menteri pun saya belum jumpa,” katanya ketika sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.
Sejurus tiba di lapangan terbang, beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. - MalaysianInsider
p/s: Kalau Ku Li jadi calon dan menang di N45 Galas, peluang untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan orang tua nyanyuk Nik Aziz di Kelantan adalah amat cerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan