Isnin, 27 Disember 2010

UMNO BALIK PULAU TERDESAK


Pada 25 Disember 2010 ( Sabtu)...UMNO Balik Pulau menggerakan jentera untuk gerak tumpu bagi menarik seberapa ramai yang boleh didaftarkan sebagai "DAFTAR PEMILIH"....
Ia merupakan satu usaha yang baik bagi menarik lebih ramai masyarakat sekeliling untuk mendaftar kan diri...

Namun begitu usaha sebegini dipandang sepi oleh segelintir kepimpinan UMNO di cawangan2 dalam kawasan Parlimen Balik Pulau...kenapa perkara ini harus terjadi....???
Persoalan yang harus dijawab oleh kepimpinan UMNO Bahagian....???

Maklum balas dari kepimpinan amat mengecewakan dan ada pula cawangan yang sudah perancangan program yang diatur dari awal lagi...Adakah Kepimpinan BAHAGIAN hanya melaksanakan sesuatu program seperti MELEPAS BATUK DI TANGGA" atau hanya sekadar melaksanakan "JANJI BUAT PROGRAM SUDAH"...

SEMOGA PERJUANGAN AKAN TERUS MEMBARA

Jentera pimpinan UMNO dirombak di tiga buah negeri. Yang pasti DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin kekal sebagai Pengerusi UMNO negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala DS Noh Omar  dan Datuk Raja Nong Chik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan masing-masing.

Tiga buah negeri yang terlibat dengan rombakan adalah negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu

KEDAH
Pengerusi                : Dato' Paduka Ahmad Bashah Haniafiah
                                (menggantikan Datuk Shafie Afdal)
Timbalan Pengerusi : Datuk Mukhriz Mahathir

PULAU PINANG
Pengerusi                : Datuk Zainal Abidin Osman
                                (menggantikan Datuk Zahid Hamidi)
Timbalan Pengerusi : Datuk Haji Musa Sheikh Fadzir

TERENGGANU
Pengerusi                : Dato' Seri Ahmad Said
                                (menggantikan DS Hishamuddin Hussein)
Timbalan Pengerusi : YB Yahya Khatib

Tahniah kepada penyandang jawatan yang baru. Kepada bekas Pengerusi serta Timbalan, terima kasih atas jasa anda selama ini.

Semoga dengan rombakan ini, UMNO - BN dapat menawan kembali negeri-negeri yang ditawan Pakatan Haprak khususnya PULAU PINANG & KEDAH....seterusnya akan terus mengembalikan keyakinan rakyat kepada BARISAN NASIONAL  pada PRU 13 nanti...........
.

Jumaat, 15 Oktober 2010

INILAH ACUAN DEMOKRASI YANG DIPERJUANGAKAN OLEH PEMIMPIN PKR!!!!!!

FIKIR-FIKIRLAH WAHAI BANGSA KU YANG SAYANGKAN KEAMANAN DAN KEDAMAIAN








akhirnya....mengaku jugak..hehehehe...!!!!!

Dakwaan BN tidak tunai janji di Manek Urai hanya fitnah

GUA MUSANG 14 Okt. - Dakwaan pemimpin Pas bahawa Barisan Nasional (BN) belum menunaikan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang lalu hanya satu fitnah.
Menurut bekas calon BN yang bertanding bagi kawasan tersebut, Tuan Aziz Tuan Mat, 40, semua janji yang diberikan semasa kempen itu telah pun ditunaikan, malah pelbagai lagi bantuan akan menyusul.
"Saya mahu mereka beritahu apa lagi yang kita tidak tunaikan. Walaupun saya kalah tetapi semua janji-janji itu telah pun dilaksanakan untuk manfaat rakyat di situ.
"Sebab itulah saya menyeru pengundi di Galas agar tidak tertipu dengan kata-kata pemimpin Pas ini yang hanya fitnah semata-mata," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Pada kempen pilihan raya kecil itu 14 Julai tahun lalu, Kerajaan Pusat telah berjanji untuk membawa pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan antaranya pembinaan jambatan di Kampung Manek Urai Lama membabitkan kos RM10 juta, menaik taraf Masjid Temalir bernilai RM600,000, membaik pulih rumah (RM1.5 juta) dan membina gelanggang sukan di Kampung Manjor (RM300,000).
Tuan Aziz berkata, walaupun hanya pembinaan jambatan itu yang masih belum ditunaikan kerana beberapa masalah yang timbul, pemimpin Pas tidak melepaskan peluang apabila menjadikannya sebagai isu utama mereka untuk berkempen di Galas.
Beliau yang juga penyelaras DUN Guchil berkata, beberapa masalah pemilikan tanah adalah punca kelewatan pembinaan jambatan itu, namun ia akan tetap diteruskan meskipun kosnya dikatakan telah meningkat sehingga RM17 juta.
"Masjid Temalir sudah hampir siap. Proses pemilikan tanah di Kampung Manjor sudah siap dan tidak lama lagi gelanggang sukan akan dibina.
"Di seluruh Manek Urai lebih 500 buah rumah penduduk miskin telah diganti dan dinaik taraf, jadi apa lagi yang Pas nak cakap," tegas beliau.
Sehubungan itu, beliau meminta lebih 11,000 pengundi di DUN Galas dapat membuat keputusan terbaik ketika hari pengundian nanti supaya memilih wakil rakyat yang benar-benar mampu membangunkan kawasan mereka

Hak Istimewa Melayu Tidak Boleh Dipolitikkan


Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun membidas pihak pembangkang khususnya DAP yang seringkali menimbulkan hal-hal berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

Katanya, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia termaktub dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan.

“Saya melihat situasi ini seolah-olah mencabar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana kalau kita kaji sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan juga Perlembagaan Persekutuan 1957, Artikel 153 adalah salah satu artikel berbentuk ‘entrenched’,” katanya kepada umno-online.com.

Jelasnya lagi, Artikel 153 tersebut adalah tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan iatu hak orang Melayu sama ada berkenaan dengan permit dan juga perkhidmatan; termasuk di dalamnya biasiswa dan sebagainya, adalah hak yang telah dilindungi termaktub.

“Oleh itu ia tidak boleh dicabar atau dibincangkan sekalipun, malah tidak boleh dicela atau dicaci oleh mana-mana pihak,” tegasnya merujuk berkenaan i DAP dan juga beberapa kumpulan-kumpulan pendesak yang kebanyakannya bukan Melayu mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dalam beberapa perkara.

Menurut beliau, apabila DAP membangkitkan hal sedemikian, dapat dilihat bahawa perjuangannya tersasar daripada sebuah parti sosialis menjadi rasis.

“Pihak sedemikian cuba untuk menimbulkan perasaan benci, rasa tidak sama rata dan perasaan bahawa sesuatu kaum itu lebih superior dari kaum yang lain. Ini adalah permainan politik yang bahaya kerana boleh menimbulkan masalah dan dikaitkan dengan hasutan.

“Menerusi Akta Hasutan 1948, secara ringkas menerangkan bahawa, ia adalah satu perbuatan menghasut apabila mempertikaikan apa jua perkara, hak, posisi, keistimewaan dan sebagainya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Justeru, katanya jika ianya dibiarkan berterusan maka akan mewujudkan satu perkara yang boleh menimbulkan satu-satu kaum dalam masyarakat bersikap prejudis dan jika dilihat dari aspek perundangan maka tindakan boleh dilakukan di bawah Akta Hasutan.

“Saya sendiri perlu berhati-hati apabila memperkatakan tentang Artikel 153 ini kerana tidak mahu melanggar undang-undang dengan dikaitkan di bawah Akta Hasutan atau dicap serbagai ultra Melayu dengan kenyataan saya disalahguna,” tegasnya.

Menurut beliau, ultra Melayu ini sendiri mula diperkatakan sejak penerbitan buku ‘Malay Dilemma’ oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga hari ini dan ia telah diberi satu konotasi yang berbentuk negatif.

“Kita tidak boleh nafikan di dalam diri kita masing-masing ada ultranya tetapi apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bawa dalam konsep 1Malaysia adalah satu prinsip toleransi yang berbentuk penerimaan iaitu setiap bangsa perlulah menerima hak kewujudan, keistimewaan, kelebihan kaum-kaum lain agar semua dapat hidup dalam masyarakat yang harmoni.”

Hafarizam turut menyatakan kekesalannya berkaitan perkara terbabit dan berharap agar pihak pembangkang menggunakan isu-isu lain dalam hal politik.

“Carilah perkara lain untuk dipolitikkan dan lakukanlah secara matang agar tidak menyebabkan timbulnya persaaan marah terhadap orang bukan Melayu atau UMNO sendiri.

“Kalau DAP betul-betul parti yang memperjuangkan sosialis, iaitu berteraskan kerajaan mengatasi segalanya maka tentu mereka tidak bersifat rasis. Dalam keadaan ini double standard atau tidak konsisten diamalkan kerana posisi mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.”

Apa yang jelas, tegasnya lagi jika dihayati Artikel 153 itu sendiri menyatakan bahawa hak-hak orang Melayu adalah dilindungi tetapi dalam masa yang sama tidak pernah mendiskriminasi hak-hak kaum-kaum lain.

“Sebagai contoh kita lihat Artikel 152 yang mana mengatakan bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu tetapi tidak menghalang selain daripada tujuan rasmi untuk penggunaan atau pun pengajaran atau pembelajaran bahasa-bahasa lain. Daripada artikel 152 inilah maka sekolah vernikular, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diwujudkan,” katanya.

Sumber:umno-online.com

4,907 perwakilan bakal hadir

Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada minggu depan akan dihadiri 4,907 perwakilan termasuk yang menghadiri perhimpunan tiga sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,543 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung parti induk dari 21 hingga 23 Oktober ini.
”Pada 20 Oktober akan diadakan Perhimpunan Agung Wanita UMNO yang akan dihadiri 793 perwakilan, Pemuda (795 perwakilan) dan Puteri (776 perwakilan),” katanya pada sesi taklimat media mengenai perhimpunan itu di sini, hari ini.
Menurut beliau, majlis taklimat presiden secara tertutup akan diadakan pada 19 Oktober ini bagi membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan amanat beliau sempena perhimpunan agung berkenaan.
Katanya, pada hari yang sama, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan taklimat kepada pembahas yang akan membahaskan tiga usul iaitu ucapan dasar presiden, ekonomi serta pendidikan dan agama bagi memastikan mereka mematuhi etika dan tatatertib ketika berucap.
Pada sebelah malam hari yang sama katanya, Muhyiddin akan merasmikan secara serentak perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti itu.
Dalam perkembangan berkaitan jelasnya, seramai 63 delegasi yang mewakili 22 parti dari 20 negara serta 54 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara sudah mengesahkan kehadiran mereka.
”Delegasi parti luar negara dan perwakilan kelab berkenaan juga akan menghadiri forum antarabangsa anjuran UMNO di PWTC selama dua hari bermula 18 Oktober yang bertemakan, Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru,” katanya.
Menurutnya, seramai 858 petugas media telah diberi kelulusan untuk membuat liputan pada perhimpunan kali ini yang melibatkan 35 agensi tempatan dan sembilan dari luar negara.
”Kita juga menganjurkan majlis Penghargaan Media Massa UMNO 2010 pada akhir November atau awal Disember ini bagi menyampaikan hadiah kepada penulisan berita, rencana, gambar dan video terbaik sepanjang perhimpunan berkenaan.
”Pemenang hadiah utama setiap kategori menerima wang tunai RM3,000, kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,000) serta Tokoh Wartawan UMNO (RM5,000),” katanya